Monday, October 8, 2012

Bila adinda tidak tahu...

*xbleh tahan wif the tajuk @.@*

adakalanya terusik dihati..
kanda marah kah pada adinda?? kanda selalu senyap..tiada pernah menyatakan hasrat hati..

kanda lebih senang bercerita tentang kerja..tentang kawan kawan kanda..tentang bola sepak selangor..tentang politik yg merapu2 tu...

tetapi tentang kita?? *mata bkaca suda*

lantaran itu..dinda pon senyapkan rasa hati... *T_T*

dinda tak tahu..
kanda kesah ke dinda bmanja??
kanda suka ke masakan dinda??
kanda setuju ke bila dinda buat planning sendiri??
kanda ambil berat tak?? kanda akan berada disisi dinda buat selamanya ke??
kanda cintakan dinda??

dinda adakalanya tak tahu..adakalanya dinda fikir sendiri..dinda takut dinda hanya berimaginasi..

bahagiakah kanda selama kita berumahtangga bersama??
bahagiakah kanda bila kanda tahu adinda mengandungkan anak kanda??
bahagiakah kanda bila melihat scan anak kanda buat kali pertama secara live??

kanda tak pernah menyatakan dari hati..dinda pula hanya memendam rasa..
adinda takut kanda bosan dengan persoalan ini..adinda takut hilang kasih sayang kanda...

*deeply inhaling*

tanda kasih kanda bila kanda pegang perut dinda..
kasih kanda bila kanda turut kemahuan tekak dinda yg asek nak makan...
kasihnya kanda bila kanda kucup dahi dinda lepas solat..

maafkan adinda sekiranya adinda lupa akan kasih sayang kanda pada adinda..
org kata ibu mengandung mmg cepat lupa dan terasa...
adinda cinta,sayang dan kasih pada kanda...
harapanku jangan kanda berubah kasih..
jangan lupa pada adinda dan anak-anak kita...
jangan berhenti membimbing kami sekeluarga ke jalanNYA
jangan hilang tiba-tiba tanpa khabar berita..
jangan putus berdoa agar kita kekal bahagia bersama disisiNYA...

sayang..hugs ♡♥♡

No comments:

Post a Comment